Rancangan masa depan Valentino_Rossi

Terdapat khabar angin yang menyatakan kononnya Rossi akan beralih ke perlumbaan kereta dalam masa beberapa tahun akan datang. Kebanyakan khabar angin berkisar mengenai khabar angin Rossi akan berpindah ke perlumbaan Formula Satu dan perlumbaan ujiannya dengan pasukan Ferrari mendapat liputan media meluas.

Kali terakhir Rossi memandu uji kereta F1 Ferrari adalah pada tahun 2006 iaitu pada 31 Januari, 1 Februari dan 2 Februari di Valencia.[6] Di dalam sesi pandu uji tersebut, Michael Schumacher memuji bakat yang ada pada Rossi dan mengatakan beliau mampu beralih ke Formula Satu dan segera boleh memberikan saingan yang sengit.

Pada 24 Mei 2006, Rossi mengumumkan bahawa beliau akan terus berlumba dalam MotoGP sehingga beliau merasakan karier motosikalnya sudah "berakhir". Pemandu Ferrari Schumacher berasa agak sedih dengan keputusan Rossi tetapi terus menyokongnya. Seterusnya Rossi menandatangani kontrak dua tahun berturut-turut dengan Yamaha untuk musim 2007-2008.

Rossi juga meminati sukan rali melebihi daripada minatnya di dalam F1. Penyertaannya di dalam sukan rali ialah pada tahun 2002 untuk kejohanan WRC Rali Great Britain, di mana beliau mengalami kemalangan semasa peringkat kedua. Seterusnya beliau berlumba dengan menggunakan kereta Subaru Impreza semasa Rali Monza pada November 2005.

Apa pun, Rossi membuat keputusan untuk kekal di dalam sukan MotoGP; "Saya masih mempunyai kontrak dengan Yamaha sehingga tahun 2008," kata Rossi. "Bila semuanya selesai, kita tengok dulu. Apa yang pasti, saya akan terus berlumba sehingga saya berumur 31 atau paling tua pun 32 tahun. Saya akan cuba mencari perangsang baru dalam beberapa musim akan datang, tetapi buat masa sekarang saya mempunyai motivasi diri sepenuhnya."[7]

Rujukan

WikiPedia: Valentino_Rossi http://sportsillustrated.cnn.com/more/specials/for... http://www.fanclubvalentinorossi.com http://www.motogp.com/en/motogp/motogp_rider.htm?m... http://www.motogp.com/en/motogp/motogp_riders.htm?... http://www.superbikeplanet.com/2006/Feb/060202o.ht... http://www.theyellowcommunity.com http://uk.eurosport.yahoo.com/09072007/58/german-g... http://www.yamaha-racing.com/Racing/motogp/rider_t... http://www.yamaha-racing.com/Racing/motogp/rider_t... http://www.valentinorossi.de